MENCARI REDHA ILAHI

عن أبي العباس عبد الله بن عباس رضي الله عنهما ، قال: كنت خلف النبي صلي الله عليه وسلم يوما ، فقال: (يا غلام! إني أعلمك كلمات: احفظ الله يحفظك ، احفظ الله تجده تجاهك ، إذا سألت فاسأل الله ، وإذا استعنت فاستعن بالله ، واعلم أن الأمة لو اجتمعت على أن ينفعوك بشيء لم ينفعوك إلا بشيء قد كتبه الله لك ، وإن اجتمعوا على أن يضروك بشيء لم يضروك إلا بشيء قد كتبه الله عليك ؛ رفعت الأقلام ، وجفت الصحف). رواه الترمذي ، وقال: حديث حسن صحيح.

SANG PENAKLUK KONSTANTINOPEL: SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH


TOKOH


Dirinya diisyaratkan oleh Nabi s.a.w dalam sebuah hadis. Nabi s.a.w ketika menggali Parit Khandak bersabda:"....Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..."

(Hadis riwayat Imam Ahmad)



Sultan Muhammad Al-Fateh dilahirkanpada 29 Mac 1432 dan mangkat pada 3 Mei 1481. Detik kelahirannya pun sudah mengisyaratkan bahawa ia bakal menempa sejarah yang besar. Kejayaan yang bakal ditempanya sudah dapat dirasai apabila berita kelahirannya disampaikan kepada ayahandanya Sultan Murad, tepat ketika baginda sedang membaca Al-Quran pada ayat yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami tekah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata".

Sulatan Murad begitu menitik beratkan tarbiah kepada anaknya. Hati anaknya telah ditempa dengan jihad dan ilmu peperangan sejak kecil lagi. Dia tidak dimanjakan, walaupun beliau hidup dalam istana. Jiwa mujahid dan abid berpadu sekali. Inilah merupakan ketua yang malamnya bagai rahib merintih pada ALLAH dan sangat kuat beribadah manakala siangnya bagaikan singa kuat berjuang.

Dengan tujuan mendidik, sewaktu berumur 16 tahun pernah Sultan Muhammad Al-Fateh diberi kepercayaan kepada ayahandanya untuk memangku jawatannya sebagai pemerintah Turki semasa Sultan Murad pergi ke Pulau Magnesia untuk bersuluk. Beliau mila menduduki takhta pada masa umurnya 19 tahun . Di kala itu baginda sudah begitu arif mengenai tipu helah musuh. Di waktu itu Maharaja Kristian dari Konstantinopel telah mengirim guru-guru terbaik mendidiknya tentang adab dan adat istiadat kehidupan raja-raja, beliau menyuruh guru-guru tersebut pulang sambil berkata: "Haram hukumnya seorang Islam ditarbiah oleh orang kafir."

Sewaktu pemerintahannya juga, baginda membangunkan sebuah benteng yang dinamakan RUMELI HISARRI yang bermaksud benteng orang-orang Rom. Baginda sendiri membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga dengan itu ulama-ulama dan menteri-menteri terpaksa ikut kerja juga. Melihatkan usaha Sultan Muhammad Al-Fateh itu, gementarlah hati Kaisar, Maharaja Rom. Benteng tersebut siap dalam masa tiga bulan. Dari benteng itu, dikawal dengan rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Dan dari situ juga beliau mempersiapkan kelengkapan membebaskan Konstantinopel(cita-cita utamanya untuk merealisasikan hadis yang telah disabdakan Rasul tercinta 700 tahun sebelumnya).

Setelah persiapan taqwa dan kekuatan lahiriah telah mantap, peperangan dimulakan. Berbulan-bulan lamanya berlaku peperangan, namun belum tampak tanda-tanda kemenangan di pihak tentera Islam. Muhammad Al-Fateh pun merujuk guru mursyidnya, Shamsudin Al-Wali bilakah masanya benteng Konstantinopel akan jatuh ke tangan tentera Islam. Gurunya melalui firasat memberitahu: "pada hari yang ke-53, hari Selasa, pukul 11.00 pagi". Di sepanjang tempoh menuggu tersebut, kesenua tentera menghabiskan masa dengan perjuangan yang gigih di siang hari serta mempertingkatkan ibadah di malam hari.

Akhirnya pada 29 Mei 1453, baginda berjaya menawan Konstantinopel. Beliau telah membuktikan kebenaran hadis Rasulullah. Konstantinopel telah ditukar nama kepada Islambol(Islam keseluruhan) yang mana kini dikenali dengan nama Istanbul. Sejarah mencatatkan bagaimana baginda menunjukkan sikap berlemah lembut dan bertoleransi tang sangat nengagumkan. Rakyat pada ketika itu diberi kebebasan untuk beragama. Semua gereja yang ada dikekalkan untuk kaum Nasrani beribadah kecuali gereja Aya Sophia telah ditukarkan kepada masjid. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke mukanya dan terus sujud syukur apabila meraih kejayaan tersebut.

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapakah selayaknya menjadi Imam. Muhammad Al-Fateh memerintahkan kesemua tentera termasuk dirinya untuk bangun dan baginda lantas berkata: "Siapa diantara kamu sejak balighnya hingga ke saat ini pernah meninggalkan sembahyang fardhu, sila duduk!". Tiada seorang pun yang duduk, melambangkan tidak ada seorang pun di antara mereka yang pernah meninggalkan sembahyang fardhu.

Muhammad Al-Fateh berkata lagi:"Siapa di antara kamu yang sejak balighnya hingga kini pernah meninggalkan sembahyang sunat rawatib, sila duduk!". Sebahagian daripada tenteranya duduk. Muhammad Al-Fateh meneruskan lagi,:"Siapa di antara kamu yang sejak balighnya hingga kini pernah meninggalkan sembahyang tahajjud, sila duduk!". Kali ini seluruh tenteranya duduk kecuali seorang. Dia itu tidak lain ialah Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri. Tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat rawatib dan solat tahajjud sejak akil baligh. Inilah dia anak didikan Shamsudin Al-Wali dan dialah ketua yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah s.a.w.


Bilakah masa itu akan tiba lagi???? Umat Islam akan kembali ke Baitul Muqaddis(Al-Quds)

0 comments:

Post a Comment