MENCARI REDHA ILAHI

عن أبي العباس عبد الله بن عباس رضي الله عنهما ، قال: كنت خلف النبي صلي الله عليه وسلم يوما ، فقال: (يا غلام! إني أعلمك كلمات: احفظ الله يحفظك ، احفظ الله تجده تجاهك ، إذا سألت فاسأل الله ، وإذا استعنت فاستعن بالله ، واعلم أن الأمة لو اجتمعت على أن ينفعوك بشيء لم ينفعوك إلا بشيء قد كتبه الله لك ، وإن اجتمعوا على أن يضروك بشيء لم يضروك إلا بشيء قد كتبه الله عليك ؛ رفعت الأقلام ، وجفت الصحف). رواه الترمذي ، وقال: حديث حسن صحيح.

Wanita: Tuntutan Menuntup Aurat

Alhamdulillah, pada saat dan ketika ini kita semua masih lagi dikurniakan 2 nikmat yang terbesar iaitu nikmat iman dan islam sedangkan jika diteliti masih ramai diluar sana yang terkapai-kapai dalam mencari identiti diri sendiri. Syukur juga kerana hari ini kita bergelar muslimah. Apa erti muslimah itu sendiri? Muslimah ertinya perempuan-perempuan beragama Islam, tapi kita sebagai wanita muslimah ada 1 matlamat yang sentiasa ingin kita capai yakni muslimah yang solehah. Penganut sesebuah agama menjadi lambang kepada agama itu sendiri, oleh itu bawalah identiti muslimah kita ke mana jua kita berada, tunjukkan ciri-ciri seorang muslimah yang seharusnya ada dalam diri kita. Bagaimana caranya? Salah satunya adalah CARA BERPAKAIAN..

* KENAPA WANITA ISLAM DIWAJIBKAN MENUTUP AURAT?

NAS-NAS DARI AL-QURAN YANG MENYURUH UMAT ISLAM MENUTUP AURAT

Ayat 59 Surah Al-Ahzab dikombinasikan dengan ayat 30-31 Surah An-Nur ini menjelaskan batas-batas dan hukum-hakam menjaga kehormatan diri serta menutup aurat.

"Wahai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".

-Surah Al-Ahzab (59)

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya(daripada memandang yang haram), dan memelihara kehoramatan mereka; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat".

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya (daripada memandang yang haram),, dan kehormatan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”

-Surah An-Nur (30-31)

Jilbab merupakan pakaian labuh yang dipakai untuk menutupi tubuh badan seseorang. Yang tertutup itu indah. Allah SWT mengurniakan kecantikan dan kesempurnaan ciptaan-Nya kepada wanita bukan untuk dipertotntonkan kepada khalayak ramai tetapi hanyalah kepada suami dan mahramnya sahaja. Hal berkaitan dengan menutup aurat banyak kali diperingatkan dalam Al-Quran dan menjadi benda WAJIB bagi wanita menutupi seluruh tubuh badannya kecuali tapak tangan dan bahagian muka sahaja.

Kecantikan seorang wanita terletak pada sejauh mana ketaatannya kepada Allah SWT. Adalah suatu yang salah kalau orang perempuan merasakan kaum lelaki akan tertawan dengan rupa parasnya semata-mata tanpa melihat kepada unsur-unsur keagamaan pada dirinya.”

* BAHAGIAN MANAKAH YANG BOLEH DIPERHATIKAN?

Rasulullah S.A.W. telah bersabda:

“ Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya maka mereka tidak boleh dilihat akan dia, melainkan mukanya dan dua tapak tangannya hingga pergelangan.”

-Hadis Riwayat Abu Daud

* MUKA DAN TANGAN

Asma binti Abu Bakar telah menemui Rasulullah S.A.W dengan memakai pakaian yang nipis.

Sabda Rasulullah

“Wahai Asma sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah sahaja.”

-Riwayat Bukhari dan Muslim

“Hai anak keturunan Adam,sesungguhnya kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk perhiasan,dan PAKAIAN TAQWA itu adalah pakain yang paling baik”

-Surah Al-A’raf ayat 26

* MUKA DAN LEHER

“ Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkn perhiasanmu seperti orang yang terdahulu.”

a) Bersolek

b) Sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkkan leher seperti orang jahiliah

* WANGIAN

“ Sesiapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan ZINA dan tiap-tiap mata itu adalah ZINA”

-Riwayat Nasa’I, Ibn Khuzaimah dan Hibban

* DADA

“Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka.”

* KAKI (TUMIT KAKI)

“Dan jangan lah mereka (perempuan) membentakkan kaki atau mengangkatnya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan”

-An-Nur 31

a) Menampakkan kaki

b) Menghayunkan / melenggokkan mengikut hentakan kaki

* KEPADA SIAPA AURAT BOLEH DIPERLIHATKAN?

Mengikut surah An-nur,mahram-mahram wanita tersebut adalah seperti berikut:-

a) Suaminya

b) Bapa kandungya termasuk datuknya

c) Bapa suaminya termasuk datuknya

d) Anak-anak lelaki termasuk cucunya

e) Anak-anak lelaki suamninya termasuk cucunya

f) Adik-beradik lelakinya yang seibu sebapa, seibu atau sebapa

g) Anak-anak lelaki dari adik-beradik lelakinya

h) Anak-anak lelaki dari adik-beradik perempuannya

i) Wanita-wanita muslimah

* ETIKA PEMAKAIAN MUSLIMAH

1)BAJU

-labuh hingga melepasi paras lutut, longgar yang tidak mengikuti bentuk badan, tidak nipis dan tidak jarang

2)ANAK TUDUNG (SKAF)

-menutupi rambut termasuk anak-anak rambut dan juga telinga

3) TUDUNG

-bahagian depan melebihi paras dada, bukan atas sempadan atau sama maksudnya

- tidak menampakkan bentuk leher, mencekik bahagian leher

-tidak jarang hingga menampakkan anak rambut

-bahagian belakang mestilah hingga paras mencecah pinggang/punggung

4) SARUNG KAKI (STOKIN)

-panjang dan terasa selamat apabila melakukan sebarang pergerakan (cth: tidak menampakkan aurat apabila menaiki tremco)

-tidak nipis dan tidak jarang

5) HANDSOCK / SARUNG TANGAN

-berjaga-jagalah dengan aurat di bahagian pergelangan tangan kita meskipun kita telah memakai pakaian yang berlengan panjang, kerana tidak semestinya kita dapat menjaga aurat kita dengan baik 24jam.

Wahai muslimah yang diredhai Allah SWT, Islam mengajar kita cara yang sebetulnya dalam setiap perkara termasuk cara berpakaian. Jadi muslimah,jagalah setiap sudut auratmu sehinggakan tiada seorang musuh Islam pun dapat mempertikaikan kesyumulan agama kita. penampilan menggambarkan keperibadian seorang muslim lantas sekaligus melambangkan agama itu sendiri. Wallahua’lam..

0 comments:

Post a Comment