MENCARI REDHA ILAHI

عن أبي العباس عبد الله بن عباس رضي الله عنهما ، قال: كنت خلف النبي صلي الله عليه وسلم يوما ، فقال: (يا غلام! إني أعلمك كلمات: احفظ الله يحفظك ، احفظ الله تجده تجاهك ، إذا سألت فاسأل الله ، وإذا استعنت فاستعن بالله ، واعلم أن الأمة لو اجتمعت على أن ينفعوك بشيء لم ينفعوك إلا بشيء قد كتبه الله لك ، وإن اجتمعوا على أن يضروك بشيء لم يضروك إلا بشيء قد كتبه الله عليك ؛ رفعت الأقلام ، وجفت الصحف). رواه الترمذي ، وقال: حديث حسن صحيح.

Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

AZERBAIJAN: UNDANG-UNDANG PENGHARAMAN TUDUNG DI SEKOLAH DIKETATKAN

Pihak berkuasa menegaskan larangan memakai tudung di setiap sekolah seluruh negara dan memberi amaran akan menghukum ibu bapa pelajar yang mengingkari larangan itu.

Zamana Alegueza, jurucakap kerajaan berkata kepada agensi berita Perancis AFP: "Kami akan mengenakan tindakan terhadap ibu bapa yang melarang anak mereka ke sekolah disebabkan undang-undang mengharamkan pemakaian tudung."

Beliau menambah: "Kami menerima panggilan dari pelajar pelajar perempuan yang merahsiakan identiti mereka mengatakan keinginan untuk hadir ke sekolah tetapi dilarang oleh keluarga mereka, dan mesti memakai tudung," mereka mendakwa perbuatan ini melanggar undang-undang.

Tahun lepas, beratus umat Islam melakukan demonstrasi menolak undang-undang pengharaman tudung dilaksanakan di negara bekas Republic Soviet itu, sekutu NATO di Afganistan, pembekal tenaga paling penting kepada Barat.

Dalam satu laporan, Jabatan Amerika Syarikat telah dibidas mengenai kebebasan untuk beragama di dunia berkaitan pengharaman tudung di Azerbaijan, menyifatkan sebagai "pembangunan negatif". Kerajaan Azerbaijan juga dibidas kerana menutup masjid-masjid dan meningkatkan denda yang tinggi kerana mencabuli undang-undang mengawal selia aktiviti agama.

Tiada larangan yang jelas untuk pemakaian tudung seluruh sekolah di Azerbaijan, tetapi kerajaan pada tahun lepas telah memperkenalkan satu bentuk seragam yang tidak menggunakan tudung Islam.

Sumber : http://map2care.blogspot.com

DRAMA KONSPIRASI PENGHARAMAN PMRAM (MESIR) BERMULA!! : KEDUTAAN MENGHERET AL-AZHAR!!


26 JULAI - Semalam telah diadakan satu pertemuan di antara pihak Universiti al Azhar, Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK), Jabatan Penuntut Malaysia (JPMK) dan beberapa orang mahasiswa.

Perjumpaan tersebut diadakan di Masyaikhah al Azhar, pada jam 2 petang. Perjumpaan tersebut dihadiri sendiri oleh Syeikhul Azhar, Dr Ahmad Tayyib.

Di dalam pertemuan itu, Dato Duta telah menyerahkan fail berkenaan himpunan BERSIH 2.0 yang diadakan di Mesir.

Ketika dihubungi, pihak PMRAM menyatakan bahawa pihaknya tidak dapat hadir dalam pertemuan tersebut kerana enggan mengheret al Azhar dalam isu pencabulan hak mahasiswa dan salah laku pegawai.

"Isu yang berlaku langsung tidak membabitkan nama al Azhar. Namun, pihak kedutaan telah mengheret al Azhar dalam isu ini", kata Saudara Zuhaili bin Saiman, Presiden PMRAM.

Sumber : http://mediamesir.blogspot.com

Kenyataan Rasmi MANHAL PMRAM Terhadap Karikatur Utusan ‘Kekeliruan Kes Rogol’


Merujuk karikatur yang dimuat di dalam dada akhbar Utusan bertarikh 15 Jun 2011, ia dilihat sebagai usaha mempersenda agama Islam. Konten karikatur tersebut menggambarkan bahawa Islam tidak sedikit pun membela hak dan maruah manusia. Di dalam surah al-Taubah ayat 65 dan 66, Allah telah mencela golongan yang mempersenda-senda agama Islam:

“Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu) tentulah mereka akan menjawab : sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main sahaja. Katakanlah : Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan rasul-Nya kamu selalu mempersendakan? (65) Tidak perlu kamu beralasan kerana kamu telah kufur setelah beriman. Jika Kami memaafkan segolongan daripada kamu (lantaran mereka bertaubat) nescaya Kami akan mengazab golongan yang lain disebabkan mereka adalah orang-orang yang selalu berbuat dosa”.(66)

Berdasarkan ayat ini, terbit hukum terbatal keIslaman seseorang apabila dia melancarkan sendaan terhadap Islam, samada dengan hati, kata-kata atau perbuatan. Pelaku kesalahan tersebut kekal dengan kekufurannya sehingga taubat nasuhanya diterima oleh Allah SWT.

Bahkan kefahaman pelukis yang bertanggungjawab atas karikatur tersebut dengan agama Islam ternyata amat dangkal. Beliau keliru antara pensabitan jenayah zina dan jenayah rogol. Zina tiada unsur paksaan manakala rogol pula sebaliknya. Islam telah memperuntukkan jenayah rogol dengan cara pensabitan yang cukup berbeza dengan jenayah zina. Rogol tidak memerlukan empat orang saksi yang adil sebagaimana zina. Sebaliknya jenayah rogol hanya memerlukan qarinah untuk sabit kesalahan ke atas pesalah.

Menurut Imam al-Jurjani di dalam ensiklopedianya ‘al-Ta’irifat’, qarinah merupakan bukti jelas yang difikirkan logik bagi membantu siasatan kes. Qarinah mestilah sesuatu sumber maklumat yang diketahui umum yang difikirkan relevan untuk dijadikan bahan bukti. Dengan itu, ia mampu merungkai persoalan tersirat terhadap sesuatu kes. Autoriti qarinah dalam mengadili sesuatu dakwaan telah disebut di dalam al-Quran melalui surah Yusuf ayat 27 dan 28;

“Dan jika baju gamisnya koyak di belakang, maka wanita itulah yang dusta, dan Yusuf termasuk orang-orang yang benar. Maka tatkala suami wanita itu melihat baju gamis Yusuf koyak di belakang berkatalah dia: Sesungguhnya kejadian itu adalah di antara tipu daya kamu, sesungguhnya tipu daya kamu adalah besar”

Nabi Yusuf terbukti tidak bersalah dengan dakwaan rogol apabila didapati terdapat kesan koyak di belakang bajunya. Pada zaman tersebut, ia dianggap qarinah yang cukup jelas menggambarkan situasi antara perogol dan mangsa rogol.

Imam Ibnu Qayyim al-Jauzi di dalam karyanya ‘al-Turuq al-Hukmiyyah Fi al-Siyasah al-Syar’iyyah’ menyebutkan bahawa para sahabat telah menjadikan hamil sebagai qarinah kepada jenayah zina. Bahkan Imam Abu Hanifah, Imam Malik dan Imam Ahmad yang mewakili majoriti ulama’ berpendapat bahawa qarinah yang cukup jelas amat berautoriti menjadi pelengkap bagi bahan bukti.

Adapun qarinah bagi kes rogol yang relevan diguna pakai di zaman sekarang, ia termasuk DNA, rakaman video, gambar, cop jari dan sumber-sumber lain mengikut peredaran semasa. Justeru MANHAL PMRAM mencadangkan beberapa inisiatif bersama:

1) Pelukis karikatur dan pihak-pihak yang terlibat diminta bertaubat kerana mempersenda hukum agam Islam. Mereka juga perlu memohon maaf kepada seluruh umat Islam. Ini demi memelihara sensitiviti umat Islam tehadap cara hidup anutan mereka.

2) Kajadian ini membuktikan kekeliruan masyarakat Islam Malaysia terhadap agama anutan mereka sendiri. Ahli akademik Islam perlu mengadakan usaha bersepadu ke arah penerangan dan pemahaman terhadap hukum hakam Islam.

Rujukan:
1) Tafsir Ayat al-Ahkam, Syeikh Muhammad Ali al-Sabuni.
2) Al-Tafsir al-Munir, Dr. Wahbah al-Zuhaili.
3) Majmu’ Syarah Muhazzab, Imam Nawawi disempurnakan oleh Syeikh Najib Muthi’iy.
4) Feqh al-Islami Wa Adillatuhu, Dr. Wahbah Zuhaili.
5) Feqh al-Sunnah, Sayyid Sabiq.
6) Al-Nizam al-Qadha’ie Fi al-Feqh al-Islami, Dr. Muhammad Ra’fat Uthman.

Fellow MANHAL yang terlibat:

1) Mohamad Hanif Bin Haron.
2) Abdul Mu’izz Bin Muhammad.
3) Shahrizan Bin Mohd Hazime.

Sumber : http://pmram-manhal.blogspot.com

Sistem Sekular Tunisia Mula Dihapuskan..


2 April 2011 Tunisia - Kementerian Dalam Negeri Tunisia telah memberi ruang dalam pelaksanaan membolehkan perempuan yang betudung bergambar di kad pengenalan kebangsaan (ID card) di Tunisia.

Kenyataan ini telah dinyatakan sendiri oleh kementerian pada halaman jejaring sosial (Facebook). Mereka telah memutuskan untuk menyederhanakan prosedur yang berkaitan dengan spesifikasi yang diperlukan dalam kad pengenalan berasaskan gambar nasional kerana memudahkan dan memikirkan masa depan KTP nasional bagi warga yang memakai tudung.

Keputusan ini akan segera disemak bagi mengatur spesifikasi material dan teknikal dari gambar yang dibekalkan untuk kad pengenalan ini melalui eksklusif dalam Bab 6, perlulah meperlihatkan mata dan wajah dalam gambar serta menerima gambar kad pengenalan ini dari peringkat nasional.

Prosedur ini termasuk dalam reformasi yang sedang berjalan dalam rangka menegakkan prinsip-prinsip dan nilai-nilai Revolusi Jaya dan perkara ini juga dilaksanakn untuk memastikan penghormatan diberikan untuk kebebasan awam dan indvidu di Tunisia.

Perkara ini terlihat selepas bebrapa hari terakhir, perempuan Tunisia berselubung di depan ibu pejabat Jabatan Dalam Negeri Tunisia bagi menuntut hak wanita bertudung supaya membenarkan gambar di kad pengenalan seragam bertudung.

Mantan Presiden Tunisia Zine ElAbidine Ben Ali sebelum di gulingkan, beliaulah yang telah mengeluarkan dekrit pada tahun 1993 dengan menetapkan “ spesifikasi fizikal itu dan teknikal gambar termasuk kad pengenalan nasional ”. Hal ini dibuat sehinggalah keluar perintah untuk tidak memakai tudung kerika bergambar di dalam kad pengenalan. Presiden itu menganggap pakaian seperti itu adalah pakaian orang Tunisia yang telalu ekstemisme politik.

Selama Presiden Ben Ali memrintah Tunisia, polis ditugaskan untuk melucutkan tudung bagi wanita yang memakai tudung di sekolah, unviersiti, jalan raya dan kawasan setempat. Sepanjang kempen ini dibuat, Pusat Keselamatan bersetuju memberikan komitmen sepenuhnya kepada pihak polis bagi melancarkan kempen untuk melucutkan tudung dan tidak kembali memakainya.

Edaran Nombor 108 yang dikeluarkan di era Presiden Tunisia Habib Bourguiba terlewat untuk menolak undang-undang ini dan sesiapa yang terus bekerja dalam pemerintahan Ben Ali, mereka yang memakai tudung di sekolah hatta di tempat kerja di sektor awam sekalipun tidak dibenarkan untuk bekerja.

Sejak penggulingan Ben Ali, yang meninggalkan negara itu pada tarikh 14 Januari, pihak berkuasa telah menangguhkan aplikasi kerja dalam penerbitan ini. Jabatan Dalam Negeri Tunisia juga telah membenarkan lelaki yang berjanggut bergambar pada kad pengenalan kebangsaan sejak 12 Februari lalu selepas prosedur itu dilarang di era Ben Ali.

Sumber di olah dari : Islamtoday

Berhala' Besar Tunisia Tewas Di Tangan Penjual Sayur!


Kebiasaannya, sesuatu peristiwa besar seperti revolusi dicetuskan oleh tokoh besar masyarakat atau pemimpin agung.

Namun siapa sangka, kebiasaan itu tidak berlaku dalam Revolusi Rakyat di Tunisia baru-baru ini yang menyaksikan penggulingan diktator, Ben Ali.

Siapa sangka, pencetus revolusi besar dan bersejarah dalam dunia Arab moden itu, hanyalah seorang penjual sayur.

Akibat kecewa dengan salah guna kuasa kerajaan pimpinan Ben Ali dan gejala pengangguran di Tunisia, seorang pemuda yang bekerja sebagai penjual sayur, Muhammad al-Buazizi, yang juga graduan universiti bertindak membunuh diri dengan membakar dirinya.

Kejadian tragis ini telah mencetuskan Revolusi Rakyat Tunisia yang menyaksikan kejatuhan Ben Ali,74 yang berkuasa sejak 1988-2011.

Ben Ali 'Berhala' Terbesar

Menariknya,kejatuhan Ben Ali ini dianggap oleh ulama terkenal dunia, Syaikh al-Qaradhawi sebagai kejatuhan 'taghut dan berhala terbesar, (bernama) Hubal".

(Hubal adalah salah satu berhala yang disembah orang-orang Arab sebelum Islam. Ia berbentuk manusia yang patah lengannya, lalu orang-orang Arab membuatkan untuknya lengan daripada emas).

Beliau juga mengumpamakan orang-orang kanannya sebagai berhala al-Lat, al-'Uzza dan Manat yang menjadi sembahan orang-orang Arab jahiliah.(Lihat http://www.onislam.net/arabic/newsanalysis/special-folders-pages/tunisia/127860-2011-01-16-10-12-27.html)

Jika dilihat rekod Ben Ali sepanjang memerintah Tunisia, kita dapat memahami mengapa beliau dianggap sedemikian oleh ulama terkenal itu.

Semasa pemerintahan beliau, wanita-wanita Tunisia dilarang mengenakan tudung di tempat-tempat awam, sekolah dan universiti serta pejabat-pejabat kerajaan.

Beliau juga mewajibkan 'Sistem Kad' bagi sesiapa yang bersolat di masjid. Melalui sistem ini, setiap orang yang bersolat di masjid diberikan kad yang akan ditandatangani sebelum solat dan sebaik sahaja selesai bersolat.

Masjid juga hanya dibuka beberapa minit sebelum solat dan ditutup segera sebaik selesai solat.

Bagi tokoh akademik dan pemikir Tunisia, Nuruddin Mukhtar al-Khadimi, kejatuhan Ben Ali akan menumbuhkan semula ciri-ciri keislaman Tunisia yang sekian lama ditekan oleh Ben Ali sepanjang 23 tahun memerintah secara kuku besi.

Kejatuhan Ben Ali yang memenangi Pilihanraya Presiden Tunisia dengan mendapat 99.02% undi itu, dijangka membuka lembaran baru sejarah Tunisia!

Sumber : http://www.onislam.net/