MENCARI REDHA ILAHI

عن أبي العباس عبد الله بن عباس رضي الله عنهما ، قال: كنت خلف النبي صلي الله عليه وسلم يوما ، فقال: (يا غلام! إني أعلمك كلمات: احفظ الله يحفظك ، احفظ الله تجده تجاهك ، إذا سألت فاسأل الله ، وإذا استعنت فاستعن بالله ، واعلم أن الأمة لو اجتمعت على أن ينفعوك بشيء لم ينفعوك إلا بشيء قد كتبه الله لك ، وإن اجتمعوا على أن يضروك بشيء لم يضروك إلا بشيء قد كتبه الله عليك ؛ رفعت الأقلام ، وجفت الصحف). رواه الترمذي ، وقال: حديث حسن صحيح.

Kalaulah Yang Mati Itu Kita.......






kalaulah yang mati itu kita... bagaimana?


Anda biasa mendengar berita kematian?

Biasanya, apabila kita mendengar berita kematian, maka secara tidak langsung kita akan mengirimkan ucapan takziah. Kita akan berusaha menzahirkan kesedihan yang teramat sangat semampu kita kepada keluarga si mati. Kalau yang mati itu ahli keluarga kita, tambahlah kita terasa akan kesedihannya.

Memang, kesedihan itu satu perkara yang normal. Maka bersedihlah seadanya, selagi kesedihan kita itu berada dalam lingkungan keredhaan kepada ALLAH SWT.

Tapi, setiap kali mendengar berita kematian, pernah tak kita terfikir satu perkara?

“ Kalaulah yang mati tu aku, macam mana?”

Apa perasan anda, kalau berita kematian itu bukan berita kematian orang lain, tetapi merupakan berita kematian anda?

Bagaimana?


Persoalan itu, dilontarkan oleh sahabat karib saya. Bila difikir balik, perntanyaan itu nyata menusuk kalbu.

Mati, bukanlah pengakhiran bagi segala-galanya.

Manusia yang menganggap bahawa mati adalah penyelesai segala masalah, dan penamat bagi segala sengsara, merupakan manusia yang cetek akalnya. Mati, hanyalah sebuah pintu untuk kita menembusi sebuah alam lain.

Selepas mati, kita akan masuk ke alam barzakh. Di alam barzakh inilah, kita disukat awal berdasarkan soalan-soalan yang akan disoal oleh Malaikat Munkar dan Nakir. Di alam barzakh inilah, beberapa amal kita, akan menjadi peneman menjalani kehidupan di sini. Andai kita merupakan seorang yang beramal soleh, maka akan dibukakan untuk kita pintu-pintu syurga agar kita sentiasa rindu kepadanya dan berlapang dada untuk menunggu di alam barzakh. Andai kita merupakan seorang yang beramal buruk, maka akan dibukankan untuk kita lubang-lubang neraka, agar kita sentiasa resah dan rasa terseksa untuk menunggu datangnya hari kebangkitan, hari perhitungan.

Selepas alam barzakh, akan berlaku saat kebangkitan. Manusia akan dipindahkan pula ke alam perhitungan, di padang mahsyar. Hari itu, adalah hari perhitungan atas segala amal yang dibuat oleh manusia. Tiada siapa yang akan mendapat naungan, melainkan naungan yang dibenarkan oleh ALLAH SWT sahaja. Tiada siapa yang selamat, melainkan yang datang kepada ALLAH dalam keadaan hatinya yang sempurna.

“ Hari yang tidak berguna harta dan anak pinak, kecuali yang datang kepada ALLAH dengan hati yang sejahtera” Surah Asy-Syu’ara’ ayat 88-89.

Selepas saat perhitungan, manusia akan bergerak ke salah satu dari dua tempat. Itulah dia Neraka dan Syurga. Salah satunya akan menjadi tempat tinggal kita.

Nah, mati adalah pintu untuk kita memasuki alam-alam itu.

Kalau kita perhatikan, alam selepas mati amat berbeza sekali dengan alam sebelum mati. Pada alam selepas mati, sudah terpadam ikhtiar daripada manusia. Manusia tidak lagi dibenarkan berusaha, beramal, jauh sekali hendak berbuat keburukan. Selepas melangkah pintu kematian, amal sahaja yang menjadi teman. Seperti mana yang didendangkan oleh Opick di dalam lagunya:

“ Bila waktu memanggil, teman sejati hanyalah amal. Bila waktu telah terhenti, teman sejati

tinggal lah sepi”


Apa yang dilakukan semasa di dunia itulah yang menemani perjalanan seorang HAMBA selepas melangkahi pintu kematian ini. Maka, tersedarlah manusia ketika itu betapa dia telah membazirkan satu-satunya peluang yang dia ada untuk berusaha, iaitu semasa kehidupannya. Diceritakan di dalam Al-Quran, ada golongan yang merayu-rayu meminta untuk ALLAH memulangkan mereka semula ke dunia. Tetapi, semuanya sia-sia sahaja.

“ Dan alangkah ngerinya jika sekiranya kamu melihat orang-orang yang menderhaka itu menundukkan kepala mereka di hadapan RABB mereka, mereka berkata: Wahai RABB kammi, kami telah melihat dan mendengar(siksaan-siksaan yang disediakan), maka kembalikanlah kami(ke dunia), nescaya kammi akan mengerjakan kebaikan. Sungguh kami adalah orang-orang yang benar-benar yakin” Surah As-Sajdah ayat 12.

Bagaimana agaknya, kalau berita kematian yang kita dengar itu adalah berita kematian kita?

Bagaimana agaknya, kalau kematian orang yang kita dengar itu, adalah kematian kita?

Saya, terfikirkan perkara ini. “ Kalau waktu tu bukan dia yang mati, tapi aku, macam mana?”

Memang satu sentapan keras terasa di dalam hati. Rasa takut yang menusuk terasa di dalam diri ini. Bila mati, tertutuplah pintu amal, terkuncilah pintu taubat.

“ Maka pada hari ini tidak akan diterima tebusan(berupa amal dan taubat) daripada kamu, mahupun daripada orang-orang kafir. Tempat kamu adalah di neraka. Itulah tempat kamu berlindung, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali” Surah Al-Hadid ayat 15.

Bagaimana agaknya kalau yang mati itu kita?

Tiadalah mati itu datang dengan amaran. Mati datang bila-bila masa sahaja. Tidak akan cepat sesaat, tidak akan lewat sesaat. Bila saat tiba, maka tanpa ternanti-nanti, nyawa kita akan terus ditarik. Tiada notis seminggu awal, atau pun tidak rayuan akhir yang boleh dibuat. Bila mati, maka mati sahaja pilihan yang ada. Bagaimana segala dosa? Bagaimana dengan amal yang tidak dilakukan selama ini dengan tidak bersungguh-sungguh?

“ …Maka apabila ajal mereka tiba, mereka tidak akan mampu meminta kelewatan walau sesaat, atau mempercepatkannya” Surah An-Nahl ayat 61.

Bagaimana agaknya itu?, bagaimana agaknya ini? Kita akan terfikir segala perkara. Mati yang menyakitkan tambah mengingatkan kita segala kesilapan dan kesalahan kita selama hidup, baik yang kita ingat mahupun yang kita lupa.

Bagaimana agaknya, kalau bukan orang lain yang kita dengar beritanya itu mati, tetapi kitalah yang mati? Bagaimana agaknya?

Sesak. Memang sesak. Takut. Memang menakutkan.

Maka, bersyukurlah dengan kehidupan yang masih bersambung ini.

Bersyukurlah nyawa kita yang masih banyak kesilapan ini tidak ditarik.

Maka, dengan ‘bonus’ hayat yang masih disambungkan ALLAH ini, apakah yang anda hendak lakukan?

Apakah anda hendak mempersiakan?

KEMBALIKAN KREDIBILITI ISLAM DI TIMUR TENGAH

Tahun 2011 merupakan tahun yang tercatat dalam sejarah dunia sebagai tahun kebangkitan rakyat di Timur Tengah. Revolusi kebangkitan masyarakat Arab telah membuka mata dunia akan hakikat dan realiti corak dan adunan demokrasi sebenar pemimpin di negara Arab. Masyarakat Arab telah menunjukkan taring dan bisa tanpa sekelumit ketakutan, puluhan tahun dek makan keturunan memendam keperitan dan muak akan tindasan, kongkongan, tekanan terhadap rejim pemerintah. Revolusi timur tengah seolah berangkai, dari Tunisia, Algeria, Lubnan hingga ke Mesir. Keberanian rakyat Tunisia dalam merubah corak pemerintahan yang baru sebenarnya hanyalah sebuah permulaan. Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) yang berpusat di Kaherah Mesir turut menyaksikan gelombang kemarahan rakyat Mesir khususnya terhadap rejim pemerintah Mubarak.

TEKANAN PUNCA KEBANGKITAN

Tunisia bergerak dengan sistem pemerintahan sekular sejak kemerdekaan dari jajahan Perancis pada tahun 1956. Zine al-Abidine Ben Ali menunjukkan lagak positif sejak awal pentadbiran beliau pada tahun 1987. Beliau memperkenalkan kebebasan akhbar, dan membebaskan beberapa dari kalangan ahli politik. Namun disebalik perubahan hanyalah kekaburan semata. Dalam pada masa yang sama, pihak berkuasa tidak membiarkan mereka yang lantang melawan dasar pembawakan kerajaan, terutama dari kalangan aktivis ‘human rights’(hak asasi manusia). Sekular masih tegar dan menjadi pusaka pemerintah negara itu. Pihak pembangkang pernah membantah dan mengutuk terhadap tindakan Zine al-Abidine merombak perlembagaan semata-mata untuk menjalankan pemilihan semula pada tahun 2004 dan pada tahun 2009. Sudah memadai 99.9% kemenangan sasaran pihak pemerintah. Rakyat tidak sepenuhnya mendapat mandat dalam demokrasi piliharaya. Di Mesir, peranan dari segenap golongan menjadikan negara tumpuan dalam revolusi. Kebangkitan dari golongan muda menjadi tulang belakang kebangkitan dan kesedaran kepada seluruh masyarakat Mesir. Jika diimbas kembali, sebelum berlakunya revolusi Mesir, Mesir mengalami krisis keagamaan antara masyarakat Islam dan al-Masih (Kristian). Ketegangan berlaku selepas kejadian kes pengeboman di sebuah gereja di Iskandariah pada malam sambutan tahun baru 2011 yang membabitkan 21 kematian. Namun, segalanya berubah selepas bermulanya ‘day anger’ dari yang muda, tua, golongan professional dan intelek, kaum wanita, fakir miskin, penganggur, kakitangan kerajaan, pembangkang mahupun parti kerajaan, pelajar dan graduan, samada Islam atau Kristian, mereka berganding dan sedia berkorban dalam memastikan pemerintahan rejim Mubarak jatuh setelah 30 tahun kuasa ber-autokratik.

KONGKONGAN UNDANG-UNDANG

Mesir dikelaskan tempat ke-98 antara negara yang tercorot dalam membanteras anti-korupsi yang dicatatkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kajian tahun 2010. Sejak peralihan kuasa dari bekas Presiden Anuar Sadat yang mati dibunuh tahun 1981, undang-undang darurat 1958 masih diguna pakai. Tafsiran undang-undang ini sahaja sebenarnya telah menunjukkan secara keseluruhan corak pemerintahan kuku besi Husni Mubarak. Antara fasal yang digesetkan ialah : kuasa polis dilanjutkan. Hak perlembagaan ditangguhkan. kawalan (maklumat) digesetkan, kerajaan akan memeranjakan individu tanpa batas waktu dan tanpa alasan. Undang-undang menyekat aktiviti politik selain politik dari kerajaan, termasuk demontrasi dijalanan, organisasi politik yang tidak diiktiraf, dan undang-undang sumber kewangan tidak akan didaftarkan(sumber luar). Kerajaan Mubarak telah menyebutkan ancaman keganasan dalam rangka untuk melanjutkan undang-undang darurat tersebut, undang-undang penahanan aktivis tanpa reman. Undang-undang sita secara tersembunyi tanpa didokumenkan, termasuk universiti, masjid, kakitangan surat khabar berdasarkan kecenderungan politik mereka. Serta banyak lagi ketetapan yang membuktikan rejim Mubarak takut dengan bayang-bayang mereka sendiri.

CENGKAMAN PIHAK BERKUASA

Dalam lima tahun lalu, rejim Mubarak menafikan tuduhan dari organisasi hak asasi dari dalam dan luar Negara terhadap kekejaman pihak polis terutamanya ketika penahanan reman dibuat. Penyeksaan yang dilakukan pihak Polis terbukti setelah terdapat video rakaman yang telah disebarkan dan ternyata pihak kerajaan tidak dapat menafikan lagi. Pertubuhan Hak Asasi Manusia (Mesir) mencatatkan 30 kes penyeksaan/dera tahanan selama tahun 2009 dalam pelbagai uji coba terdakwa dugaan bahawa polis menyeksa mereka selama soal siasat Mereka(Polis) demi untuk mengekstrak maklumat mahupun pengakuan, penyeksaan sehingga membawa kematian telah diketahui umum. Kerahan pasukan Polis berpakaian preman yang dibayar oleh pemerintah berkuasa Mubarak, Baltageya (Arab: بلطجية), telah menjadi ciri khas dari kerajaan Mubarak, Pertubuhan Hak Asasi Manusia(Mesir) telah merekodkan 567 kes penyiksaan termasuk 167 kematian oleh polis yang terjadi antara tahun 1993 dan 2007. Pada tarikh 6 Jun 2010 Khaled Mohamed Saeed meninggal dunia dalam keadaan pergaduhan di kawasan Sidi Gaber, Alexandria. Beberapa saksi membuat pengakuan bahawa Saed dipukul sampai mati oleh pihak Polis. Jika nak dibandingkan dengan negara-negara arab yang lain, sistem pihak berkuasa Polis di Mesir lebih menakutkan lebih-lebih lagi dengan kewujudan Penjara ‘kes politik’. Berbeda dengan Tunisia, pihak Polis secara terang-terangan menyatakan tidak puas hati terhadap birokrasi dalam melaksanakan undang-undang terhadap rakyat. Sekurang-kurangnya, 2000 anggota polis perlbagai jabatan, peguam, hatta pegawai-pegawai bomba. Mereka turut ingin menjadi sebahagian dari revolusi.

PENIPUAN PILIHANRAYA

Pemilihan yang didasari rasuah, pemaksaan untuk tidak memilih, dan manipulasi keputusan pilihan raya telah banyak terjadi selama pemilihan selama 30 tahun. Sehingga tahun 2005, Mubarak adalah satu-satunya calon yang dicalonkan sebagai Presiden, samada ia dibantah mahupun tidak. Mubarak telah memenangi pemilihan kerusi Presiden lima kali berturut-turut dengan menyapu bersih majoriti. Kumpulan-kumpulan pembangkang dan agensi-agensi pemantau pilihanraya antarabangsa telah menyatakan bahawa pemilihan di Mesir adalah diragui ‘kebersihannya’. Badan-badan ini tidak dibenarkan untuk menjadi badan bebas dalam memantau pilihanraya. Seorang calon pembangkang Ayman Nour tampil berani dan pertama dalam sejarah Mesir untuk bertanding kerusi Presiden baru-baru ini, beliau telah dipenjarakan sebelum pilihan raya 2005. Menurut tinjauan PBB, penyertaan pemilih sangat rendah (sekitar 25%) kerana kurangnya kepercayaan dalam sistem pilihanraya yang korup.

MEMBURUKKAN IMEJ AGAMA SENDIRI

Negara-negara arab Timur Tengah dasarnya menunduk dan menjadikan barat sebagai ikutan dan rujukan mereka. Namun, disebalik ikutan tersebut, dalam hal berkenaan demokrasi, mereka lebih teruk dan sangat kotor permainan mereka kepada rakyat. Mengapa dalam hal demokrasi mereka tidak boleh menjadikan barat sebagai ‘rujukan’ mereka. Barat berjaya memukau untuk dijadikan ‘role model’ dari seluruh dunia, memreka membuktikan bahawa merekalah yang sangat baik dalam demokrasi. Pemimpin negara arab Timur Tengah realitinya memalukan agama Islam mereka sendiri, pemerintahan mereka telah membuka mata masyarakat dunia bahawa Islam sangat lemah dan kotor memimpin negara. Islam sudah tidak lagi pandai untuk menjaga kuasa. Masyarakat celik dan memuji-muja akan negara barat terhadap pukauan demokrasi mereka. Masyarakat perlu akui, walau apapun niat jahat mereka(barat) dalam bertopengkan demokrasi, tetapi mereka jugalah yang betul-betul melaksanakan demokrasi berbanding pemimpin Islam di Timur Tengah. Amat sukar untuk mempercayai bahawa umat islam sendiri telah menjatuhkan aib dan kredibiliti Islam untuk memimpin negara. Makanya, masyarakat akhir sekali akan menuntut, dahaga dan berhajat akan ajaran-ajaran dari dunia barat. Rakyat mula positif dengan setiap tindak tanduk negara-negara barat. Masyarakat sudah tidak lagi meragui akan agenda dan konspirasi negara berkuasa dunia itu. Rakyat era revolusi ini moga-moga menunjukkan anjakan paradigma dalam sistem birokrasi memerintah. Dan semoga Islam dikembalikan kepercayaan pada mata dunia.

Imej Kredebiliti Islam itu sekarang ini terletak diatas tangan rakyat dan pemimpin selepas era revolusi ini.

RAMADHAN 40 HARI


Menjadi rutin harian Juha pada bulan Ramadhan, dengan melontar seketul batu ke dalam sebuah tempayan untuk menunjukkan bilangan hari yang telah dia puasa. Nak jadikan cerita, pada suatu hari, perbuatan dia telahpun dilihat oleh anak perempuannya, oleh disebabkan tidak memahami apa kehendak ayah dia, budak perempuan ni pun mengambil segenggam batu dengan tangannya,lalu diisi ke dalam tempayan tersebut dengan menyangka perbuatnnya itu dapat membantu ayahnya.

Hari berlalu hari, adalah sehari tu, datang jiran sebelah rumahnya bertanyakan :

Jiran : Berapa hari lagi ye kita nak raya?
Juha : Berapa hari lagi aku tak tahu, tapi berapa hari dh puasa, aku tahu.... Tunggu jap

Juha pun lantas pergi ke tempayan berikut, lalu mengira satu persatu batu yang ada di dalam tempayat tersebut sehingga menjangkau angka 120 biji. Timbul di fikiran Juha :
" kalau aku bgthu angka ni, tentu mereka akan terkejut, takpelah aku kurangkan sampai 40 hari cukuplah "
Kemudian juha pun keluar lalu memberitahu jirannya :

Juha : Kita dah pose 40 hari lebih kurang la
Jiran : "gelak "
Juha : Aku tahu la, sebenarnya memang lebih drpad tu, Ramadhan ni mmg bulan yang panjang bg mereka2 yang berpuasa, aku tak tergamak untuk memberitahu angka yang sebenar, takut2 mereka terkejut...

Hiburan Menurut Pandangan Syarak

Melihat kepada perkembangan semasa hari ini, kita melihat banyak perkembangan dari segi hiburan serta unsur-unsur keterlaluan dalam perkembangan industri muzik dan seni suara, terutamanya yang berkaitan dengan program hiburan realiti tanahair mahupun secara globalnya di seluruh dunia. Malah lebih malang lagi apabila isu ini sudah menular di sekeliling mahasiswa/wi Islam di timur tengah ini. Sememangnya perkara ini adalah satu isu yang perlu diberikan perhatian. Ini adalah penting kerana perkembangan tersebut begitu menampakkan kesan dan pengaruhnya terhadap gaya hidup remaja dan belia masa kini.

Secara umumnya, Islam tidaklah mengharamkan hiburan secara keseluruhannya, namun hiburan tersebut mestilah mengikut nilai-nilai murni yang diajarkan oleh agama Islam dan tidak melalaikan. Ini kerana hiburan juga merupakan suatu perkara yang fitrah yang rata-rata manusia menjadikan muzik dan seni suara adalah merupakan hasil kreativiti yang mencerminkan manifestasi pemikiran, emosi, dan inovasi manusia. Ianya adalah sebahagian daripada aktiviti rekreasi manusia yang terkandung di dalamnya seni, budaya, hiburan, kehalusan bahasa dan juga pemikiran yang sentiasa diperbincangkan dalam mana-mana sejarah, kebudayaan dan tamadun manusia.

Sebagai seorang muslim, kita meyakini bahawa Islam merupakan satu cara hidup yang sempurna dan pasti dapat menjawab setiap persoalan hidup manusia yang mempunyai keinginan yang bermacam-macam dan tidak terkecuali dalam urusan yang berkaitan dengan hiburan. Tujuan syariat Islam bukanlah untuk menyekat segala bentuk kebebasan manusia tetapi sebaliknya lebih kepada mengawal dan mendidik, kerana Islam itu sesuai dengan fitrah semulajadi manusia dan boleh diamalkan pada setiap zaman dan tempat walau dimana kita berada.

Hiburan dalam Islam sangat berlawanan dengan konsep mencari hiburan dan kepuasan murahan bagi memenuhi tuntutan nafsu yang tiada sempadan. Malah hiburan itu juga adalah suatu yang terkawal dan terarah, dan bukannya satu cara mencari keseronokan dengan cara yang amat bebas sehingga tidak terkawal dan tidak terikat dengan batas-batas perundangan dan nilai keagamaan.

Konsep berhibur dengan tujuan untuk kesejahteraan, menenangkan fikiran dan kerehatan tubuh badan adalah dibolehkan oleh syarak. Dalil keharusan ini dapat dilihat dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. kepada Abdullah bin Amr bin Al-As , yang bermaksud:
"Wahai Abdullah bin Amar, "Sesungguhnya ke atas kamu hak untuk Allah s.w.t., dan ke atas kamu hak untuk tubuh kamu, dan ke atas kamu hak untuk keluarga kamu. Maka berilah kepada yang miliki hak tersebut."
Selain itu, terdapat hadis daripada Rasulullah s.a.w. yang mengizinkan gendang dimainkan pada majlis-majlis tertentu, sebagaiman Imam Tarmizi telah meriwayatkan daripada Aishah, katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda, yang maksudnya:
"Isytiharkanlah perkahwinan ini dan akadlah di masjid serta pukullah rebana."
Begitu juga sejarah Islam telah menceritakan bagaimana gendang telah digunakan untuk menaikkan semangat pahlawan-pahlawan Islam yang berada di medan peperangan.
Imam al-Ghazali berpendapat bahawa mendengar nyanyian ada yang harus dan ada yang sunat serta ada pula yang haram. Nyanyian yang haram disebabkan oleh lima perkara yang mencorakkannya iaitu penyanyi, alat muzik yang digunakan, susunan kata-kata, tanggapan pendengar terhadap nyanyian dan pendengar yang terdiri daripada orang awam.

Sementara Sheikh Mahmud Shaltut, bekas Sheikh al-Azhar pula berpendapat bahawa mendengar suara indah dan merdu sama ada daripada binatang, manusia atau apa-apa alat atau ada kecenderungan untuk mempelajari sesuatu daripadanya adalah merupakan keinginan untuk memenuhi tuntutan nalurinya. Selama perkara itu tidak melalaikannya daripada kewajipan agama, bersesuaian dengan nilai akhlak dan bersesuaian pula dengan kedudukannya, maka ia diharuskan.
Oleh itu apabila membincangkan mengenai hiburan, hal-hal seperti susunan kata-kata yang haram, penampilan penyanyi, masa persembahan nyanyian yang menghalang kewajipan agama atau melalaikan manusia, majlis yang disertai dengan makanan dan minuman haram, pergaulan lelaki dan perempuan tanpa batas, dan kesan nyanyian kepada pendengar-pendengar tertentu yang membawa kepada berkelakuan buruk hendaklah diambil-kira.

Selain itu, Islam juga telah meletakkan garis panduan asas yang perlu dipatuhi bagi memastikan sebarang bentuk hiburan yang ingin diketengahkan ke dalam masyarakat tidak terbabas dari landasan syariat. Antaranya ialah niat yang betul, tiada unsur-unsur yang bercanggah dengan akidah dan syariat Islam, tidak meninggal dan melalaikan kewajiban yang difardhukan oleh Allah s.w.t., sentiasa menjaga adab-adab pergaulan, tiada unsur perjudian (pertaruhan) dan tidak berlaku pembaziran. Juga tujuannya hendaklah betul, seperti untuk kesihatan, ketenangan dan kepuasan, jalan untuk taqarub dan mencapai keredaan Allah s.w.t., serta dapat menjalin hubungan sesama manusia.

Jelas kepada kita bahawa tujuan berhibur dalam Islam ialah untuk melahirkan insan yang sihat jasmani, rohani dan sosialnya. Insan yang sihat bukanlah yang hanya terhindar dari sebarang penyakit, tetapi juga terhindar dari permasalahan emosi, perasaan, isu-isu rumahtangga, kekeluargaan, tempat kerja dan sebagainya.
Maka dengan itu, sewajarnya tidak menjadi kesalahan sekiranya hiburan masa kini ingin disemarakkan tetapi hendaklah dibangunkan dalam bentuk dan acuan yang bersandarkan kepada garis panduan Islam kerana pastinya ianya memiliki unsur-unsur positif, terkawal, bersifat mendidik, dan diterima dari pandangan syarak.
Kesimpulan:
Menurut Fatwa Syeikh Syaltut, muzik adalah harus selagi bukan untuk tujuan melalaikan dan maksiat.
Manakala menurut Al-Ghazali, tidak ada perincian syarak berkenaan peralatan muzik yang halal dan haram. Ia bergantung kepada keadaan masa dan tempat serta mana-mana alat muzik yang baik dan lunak di dengar adalah harus, dan mana-mana alat muzik yang melalaikan dan dikaitkan dengan pemain muzik serta penyanyi yang mempamirkan akhlak yang buruk merupakan perkara yang ditegah sama sekali.

Setelah kita melihat secara ringkas perbahasan mengenai hiburan dari sudut pandangan syarak , maka dapatlah kita menilai dan membuat perbandingan antara hiburan yang ada disekeliling kita, adakah ia bertepatan dengan pandangan hukum ataupun tidak. Artikel ini juga mampu memberi panduan kepada kita dalam memilih hiburan yang sesuai untuk kehidupan kita seharian agar tidak tersasar dari nilai-nilai murni yang dianjurkan oleh agama kita.

SUMBER : http://pmram-manhal.blogspot.com

Bagaimana Memakai Cincin Menurut Sunnah?

Ada seorang sahabat yang sangat mencintai sunnah Baginda sallallahu alaihi wasallam telah bertanya kepada saya tentang cara pemakaian cincin menurut sunnah Baginda sallallahu alaihi wasallam.

Saya tidak ingin menjawab dengan pandangan saya yang sangat faqir di dalam ilmu, namun saya akan memberikan jawapan yang telah diberikan oleh al-Imam Jalaluddin al-Suyuti rahimahullah dan para ulama yang lain. Jawapan daripada para ulama ini akan saya ringkaskan agar mudah difahami oleh para pembaca.

Ada beberapa perkara yang akan terlintas di dalam persoalan berkaitan cincin :

1. Adakah terdapat berat yang khusus untuk memakai cincin?

2. Adakah kita boleh mengambil segala jenis logam untuk dijadikan cincin seperti tembaga, besi dan lain-lain?

3. Adakah harus bagi kita memakai lebih daripada satu cincin perak di tangan bagi lelaki?

4. Adakah cincin yang dipakai oleh Baginda sallallahu alaihi wasallam mempunyai batu? Apakah jenis batunya?

5. Di jari manakah Baginda sallallahu alaihi wasallam memakai cincin , kanan atau kiri? Dan bagaimana pula keadaan batu cincin Baginda sallallahu alaihi wasallam, samada dipusingkan ke tapak tangan atau tidak?
Ini antara soalan yang terlintas di dalam pemikiran kita. Sekarang kita lihat pula bagaimana para ulama memberikan jawapan bagi permasalahan ini. Jawapan yang akan saya kemukakan adalah menurut turutan soalan di atas. Di harap para pembaca mengambil perhatian terhadap perkara ini.

JAWAPAN

BERAT CINCIN

1. Para ulama berbeza pandangan di dalam permasalahan berat cincin yang dibenarkan. Al-Imam Haskafi rahimahullah, ulama bermazhab Abu Hanifah mengatakan bahawa sesebuah cincin tidak boleh melebihi berat satu Mithqal yang bersamaan 4.680 gram. Al-Imam Ibn Abidin yang merupakan ulama bermazhab Abu Hanifah juga merajihkan pandangan pengarang kitab al-Zhaqirah bahawa berat yang dibenarkan hanya satu Mithqal.

2. Para ulama Malikiyah pula berpandangan dibenarkan untuk seseorang memakai cincin dengan kadar 2 dirham ke bawah. Berat dua dirham menurut pengiraan moden ialah 3.125 gram × 2 = 6.25 gram

3. Para ulama Syafieyah pula mengatakan bahawa berat cincin bergantung kepada adat atau uruf setempat. Jika melebihi daripada adat tempat tersebut maka ianya dianggap membazir.

4. Para ulama Hanabilah pula berpandangan tiada masalah untuk memakai cincin yang beratnya melebihi satu mithqal. Tetapi dengan syarat tidak terkeluar daripada uruf atau adat setempat yang ditetapkan. Jika melebihi uruf maka hukumnya adalah haram.

LOGAM YANG DIBENARKAN UNTUK MEMBUAT CINCIN

EMAS

1. Para ulama bersepakat mengatakan bahawa emas dibenarkan kepada wanita untuk memakainya, manakala bagi lelaki ianya adalah haram.

2. Manakala untuk kanak-kanak yang belum baligh, para ulama Syafieyah di dalam pandangan muktamad di dalam mazhab berpendapat bahawa dibenarkan bagi mereka untuk memakai emas samaada kanak-kanak lelaki atau perempuan.

PERAK

1. Para ulama bersepakat mengatakan bahawa cincin perak dibenarkan kepada wanita. Manakala bagi lelaki pula terdapat perincian oleh para ulama .

2. Para ulama Hanafiyah mengatakan bahawa harus bagi lelaki memakai cincin perak. Ianya menjadi sunnah kepada para sultan, para qadhi dan yang seumpama dengannya. Manakala kepada selain sultan, qadhi dan yang seumpama dengannya terlebih afdhal bagi mereka tidak memakai cincin perak.

3. Para ulama Malikiyah pula berpandangan bahawa memakai cincin perak bagi lelaki adalah harus dan jika dipakai dengan tujuan mengikut sunnah Baginda sallallahu alaihi wasallam hukumnya adalah sunnah dan haram memakainya dengan tujuan berbangga diri.

4. Para ulama Syafieyah pula berpandangan bahawa disunatkan kepada sesiapa sahaja untuk memakai cincin perak bukan dikhususkan kepada sultan dan qadhi semata-mata.
5. Para ulama Hanabilah berpandangan bahawa memakai cincin perak bagi lelaki adalah harus.

SELAIN DARIPADA EMAS & PERAK

1. Para ulama Malikiyah ( dalam pandangan yang muktamad ) dan ulama Hanabilah berpandangan bahawa memakai cincin daripada besi, tembaga dan seumpama dengannya adalah makruh berdasarkan larangan Baginda sallallahu alaihi wasallam di dalam hadis. Hukuman ini merangkumi lelaki dan wanita.

2. Para ulama Malikiyah berpandangan bahawa mengambil cincin daripada kayu, kulit dan batu adalah harus bagi lelaki dan wanita. Manakala para ulama Hanabilah pula berpandangan diharuskan bagi lelaki dan wanita memakai cincin daripada zamrud, yaqut, jed dan lain-lain jenis batu.

3. Para ulama Syafieyah pula mempunyai dua pandangan di dalam permasalahan ini. Sebahagian mengatakan bahawa hukumnya makruh memakai cincin selain emas dan perak. Manakala sebahagian lagi mengatakan tidak makruh. Al-Imam Nawawi rahimahullah berpandangan dengan mengatakan tidak makruh memakai cincin daripada selain emas dan perak . al-Imam Qalyubi di dalam Hasyiyahnya juga mengatakan bahawa tiada masalah untuk memakai cincin daripada tembaga , besi dan lain-lain.

4. Para ulama Hanafiyah pula seperti al-Imam Ibn Abidin rahimahullah mengatakan bahawa dihalalkan bagi lelaki memakai cincin perak dan diharamkan memakai cincin emas, tembaga atau besi. Manakala mengambil cincin daripada batu adalah dibenarkan khususnya batu aqiq.

Syaikh al-Allamah Abdullah Fad aq hafizahullah..Lihat pemakaian cincin pada jarinya

HUKUM BERBILANG-BILANG CINCIN

1. Para ulama Malikiyah mengatakan bahawa diharamkan bagi seseorang lelaki memakai lebih daripada satu cincin.

2. Para ulama Syafieyah pula berpandangan bahawa dibenarkan untuk memakai 2 bentuk cincin perak dalam satu masa. Ini seperti yang disebutkan oleh al-Imam Jalaluddin al-Suyuti rahimahullah. Makruh hukumnya memakai lebih daripada 2 bentuk cincin. Al-Imam Isnawi rahimahullah juga berpandangan sedemikian dan kata al-Imam Khawarizmi di dalam al-Kafi : Makruh memakai kedua-dua cincin tersebut pada satu jari.

3. Para ulama Hanabilah pula berpandangan bahawa dibenarkan bagi lelaki memakai dua cincin dan lebih selagi mana tidak keluar daripada adat setempat.

4. Manakala para ulama Hanafiyah tidak pula kedapatan mereka mengeluarkan pandangan di dalam masalah ini.


BENTUK CINCIN RASULULLAH

1. Cincin Baginda sallallahu alaihi wasallam ada dua jenis. Ada yang diukir perkataan “ Muhammad Rasulullah” dan ada yang diletakkan batu.

2. Jenis batunya menjadi perbahasan para ulama, sebahagian mengatakan bahawa ianya adalah jenis aqiq dan al-Imam Jalaluddin al-Suyuthi mengatakan bahawa beliau melihat di dalam kitab Mufradat fi al-Tibb
karangan Ibn al-Baithar bahawa jenis batu tersebut adalah zabarjad.
JARI YANG SUNNAH DILETAKKAN CINCIN

1. Bagi wanita tiada tempat yang khusus diletakkan. Terpulang kepada mereka untuk memakai cincin dimana sahaja anggota. Samada di kesemua jari tangan atau jari kaki sekalipun. Ini kerana itu adalah perhiasan bagi mereka.

2. Para ulama berbeza pandangan tentang kedudukan jari yang sunnah dipakaikan cincin bagi lelaki. Para ulama Hanafiyah mengatakan bahawa disunnahkan bagi lelaki untuk memakai cincin di jari kelingking sebelah kiri dan bukan pada jari lain walaupun kanan. Sebahagian daripada ulama Hanafiyah mengatakan bahawa diharuskan untuk memakai cincin pada jari kelingking kanan.

3. Manakala al-Imam Malik radhiyallahu anhu, guru kepada al-Imam al-Syafie radhiyallahu anhu mengatakan bahawa disunnahkan memakai cincin di jari kelingking kiri dan beliau sendiri memakai cincin di jari kelingking kiri. Al-Imam Ibn al-Arabi al-Maliki mengatakan bahawa sunnah memakai cincin pada jari kelingking kiri dan makruh memakainya pada kelingking kanan.

4. Para ulama Syafieyah mengatakan bahawa harus untuk dipakai cincin pada jari kelingking kanan atau kiri sekalipun. Tetapi pandangan yang masyhur ialah memakainya pada jari kelingking kanan kerana ianya merupakan tempat untuk berhias. Manakala memakai cincin pada jari manis adalah dibenarkan. Jari tengah, telunjuk dan ibu jari adalah dilarang bagi kaum lelaki untuk meletakkan cincin padanya. Ini kerana terdapat larangan daripada Baginda sallallahu alaihi wasallam kepada Sayyiduna Ali radhiyallahu anhu untuk memakai cincin pada jari-jari tersebut.

5. Para ulama Hanabilah pula berpandangan bahawa afdhal memakai cincin pada jari kelingking kiri. Mereka juga berpandangan bahawa dibenarkan untuk memakai cincin pada jari manis dan ibu jari. Manakala jari telunjuk dan jari tengah adalah dilarang untuk meletakkan cincin padanya kerana terdapat larangan yang jelas daripada Baginda sallallahu alaihi wasallam.



KE ARAH MANAKAH BATU CINCIN DIPUSING?

1. Para ulama mengatakan bahawa dibenarkan untuk kita menzahirkan batu cincin ke atas. Namun yang lebih afdhalnya menurut sunnah Baginda sallallahu alaihi wasallam adalah dengan memusingkan arah batu tersebut ke telapak tangan.

Semoga kita semua dapat mengambil manfaat dengan perbahasan ini bagi menghidupkan sunnah Baginda sallallahu alaihi wasallam.

SUMBER : http://nazrulnasir.blogspot.com/

Sistem Sekular Tunisia Mula Dihapuskan..


2 April 2011 Tunisia - Kementerian Dalam Negeri Tunisia telah memberi ruang dalam pelaksanaan membolehkan perempuan yang betudung bergambar di kad pengenalan kebangsaan (ID card) di Tunisia.

Kenyataan ini telah dinyatakan sendiri oleh kementerian pada halaman jejaring sosial (Facebook). Mereka telah memutuskan untuk menyederhanakan prosedur yang berkaitan dengan spesifikasi yang diperlukan dalam kad pengenalan berasaskan gambar nasional kerana memudahkan dan memikirkan masa depan KTP nasional bagi warga yang memakai tudung.

Keputusan ini akan segera disemak bagi mengatur spesifikasi material dan teknikal dari gambar yang dibekalkan untuk kad pengenalan ini melalui eksklusif dalam Bab 6, perlulah meperlihatkan mata dan wajah dalam gambar serta menerima gambar kad pengenalan ini dari peringkat nasional.

Prosedur ini termasuk dalam reformasi yang sedang berjalan dalam rangka menegakkan prinsip-prinsip dan nilai-nilai Revolusi Jaya dan perkara ini juga dilaksanakn untuk memastikan penghormatan diberikan untuk kebebasan awam dan indvidu di Tunisia.

Perkara ini terlihat selepas bebrapa hari terakhir, perempuan Tunisia berselubung di depan ibu pejabat Jabatan Dalam Negeri Tunisia bagi menuntut hak wanita bertudung supaya membenarkan gambar di kad pengenalan seragam bertudung.

Mantan Presiden Tunisia Zine ElAbidine Ben Ali sebelum di gulingkan, beliaulah yang telah mengeluarkan dekrit pada tahun 1993 dengan menetapkan “ spesifikasi fizikal itu dan teknikal gambar termasuk kad pengenalan nasional ”. Hal ini dibuat sehinggalah keluar perintah untuk tidak memakai tudung kerika bergambar di dalam kad pengenalan. Presiden itu menganggap pakaian seperti itu adalah pakaian orang Tunisia yang telalu ekstemisme politik.

Selama Presiden Ben Ali memrintah Tunisia, polis ditugaskan untuk melucutkan tudung bagi wanita yang memakai tudung di sekolah, unviersiti, jalan raya dan kawasan setempat. Sepanjang kempen ini dibuat, Pusat Keselamatan bersetuju memberikan komitmen sepenuhnya kepada pihak polis bagi melancarkan kempen untuk melucutkan tudung dan tidak kembali memakainya.

Edaran Nombor 108 yang dikeluarkan di era Presiden Tunisia Habib Bourguiba terlewat untuk menolak undang-undang ini dan sesiapa yang terus bekerja dalam pemerintahan Ben Ali, mereka yang memakai tudung di sekolah hatta di tempat kerja di sektor awam sekalipun tidak dibenarkan untuk bekerja.

Sejak penggulingan Ben Ali, yang meninggalkan negara itu pada tarikh 14 Januari, pihak berkuasa telah menangguhkan aplikasi kerja dalam penerbitan ini. Jabatan Dalam Negeri Tunisia juga telah membenarkan lelaki yang berjanggut bergambar pada kad pengenalan kebangsaan sejak 12 Februari lalu selepas prosedur itu dilarang di era Ben Ali.

Sumber di olah dari : Islamtoday

KAMAL AT-TARTUK : IBLIS TURKI YANG WAJIB DI KENALI OLEH UMMAT ISLAM!!


Mastafa Kamal Ataturk diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi). Perkataan Ataturk bermakna bapa orang Turki. Ataturk ialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Khilafah Islam Uthmaniyah Turki pada tahun 1343H (1924M).

Beliau dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar Salonika, Greek yang ketika itu merupakan taklukan Khilafah Uthmaniyyah. Bapanya bernama Ali Reda Afandi, berkerja sebagai pengawal di jabatan kastam.

H.S. Armstrong, salah seorang pembantu Ataturk dalam bukunya yang berjudul ‘al-Zi’bu al-Aghbar’ atau ‘al-Hayah al- Khasah li Taghiyyah’ telah menulis:

‘Sesungguhnya Ataturk adalah daripada keturunan Yahudi. Nenek moyangnya adalah Yahudi yang berpindah dari Sepanyol ke bandar Salonika.”

Golongan Yahudi ini dinamakan dengan Yahudi Daunamah yang terdiri daripada 600 buah keluarga. Mereka mendakwa memeluk Islam pada tahun 1095H (1683M), tetapi masih menganut agama Yahudi secara senyap-senyap. Ini diakui sendiri oleh bekas Presiden Israel, Yitzak Zifi, dalam bukunya Daunamah terbitan tahun 1377H (1957M):

“Ada kumpulan-kumpulan agama yang masih menganggap diri mereka sebahagian daripada Nabi Israel. Antara mereka ada satu kumpulan iaitu kumpulan Daunamah yang Islam hanya pada zahir tetapi mengamalkan ajaran Yahudi secara senyap-senyap.”

Ketika Mustafa kamal mencapai usia 12 tahun, beliau memasuki Sekolah Tentera Salonika. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Akademi Tentera Monasitar pada tahun 1302H (1885M). Pada tahun 1322H (1905M), beliau memasuki kolej tentera di Istanbul dan menamatkan latihan ketenteraannya pada tahun 1325H. (1907M). Kemudiannya, beliau telah ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di Salonika.

Di sini bermulanya usaha Ataturk dalam memusuhi Khalifah Uthmaniyyah dan agama islam. Dengan kedudukannya sebagai graduan kolej tentera, beliau telah mengingatkan rakan-rakan pegawainya agar tidak tertipu dengan pemikiran dunia Islam.

Beliau telah mengubah ucapan Assalamualakum kepada Marhaban Bikum (Selamat Datang). Tindakan belaiu selanjutnya ialah menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan dan Kebebasan yang bertujuan untuk menghapuskan Kerajaan Uthmaniyyah yang menurutnya mengamalkan pemerintahan kuku besi, tetapi malangnya Pertubuhan Bersatu dan Maju yang ketika itu juga bergiat cerdas menentang pemerintahan Islam telah menjadi batu penghalang kepada pengerakan Ataturk ini.

Imej Mustafa Kamal menonjol selepas meletusnya Perang Dunia Pertama apabila beliau dipilih sebagai panglima pasukan ke -19 di Sinaq Qal’ah. Pasukannya dapat mengalahkan tentera British sebanyak dua kali di Semanjung Ghalibuli di Balkan Darnadil meskipun kekuatan tentera British mampu mengalahkan tentera Artaturk. Dengan kemenangan tersebut, Ataturk telah dinaikkan pangkat kapten dan kemudiannya jeneral pada tahun 1335H.(1916M).

Pada hakikatnya, kemenangan yang dicapai oleh Mustafa Kamal adalah kemenangan yang disengajakan hasil rancangan tentera Inggeris supaya reputasi Ataturk dipandang tinggi oleh Kerajaan Uthmaniyyah. Ini kerana peperangan di antara tentera Uthmaniyyah dengan tentera bersekutu berlanjutan selama beberapa hari tanpa mana-mana pihak mencapai sebarang kemenangan sehingga menyebabkan kedua-dua belah pihak bertahan di kawasan masing-masing untuk beberapa bulan. Akhirnya pihak Inggeris secara mengejut tanpa disangka-sangka telah meninggalkan kawasan pantai Ghalibuli.

Pada tahun 1337H (1918M), Ataturk telah mengetuai satu pasukan tentera di Palestin. Beliau telah menghentikan peperangan terhadap Inggeris, musuh Kerajaan Kerajaan Uthmaniyyah secara mengejut dan membenarkan Inggeris mara ke sebelah utara tanpa mendapat sebarang tentangan. Ketika itulah ia mengadu jatuh sakit dan telantar di di Kem Nablus. Tindakannya itu telah menimbulkan pelbagai spekualasi dan tanda tanya, lantas beliau membawa pasukan tenteranya ke utara sehingga ke Damsyik. Di sana, beliau telah mengeluarkan perintah supaya menghentikan tentangan terhadap Inggeris sekaligus membuka peluang kepada Inggeris untuk mara ke wilayah-wilayah Uthmaniyyah.

Selepas kekalahan Turki dan perisytiharan gencatan senjata, Inggeris meminta khalifah membubarkan Dewan Rakyat yang berkuasa menentukan kekuasaan khalifah. Selepas pembubaran itu, Inggeris mencetuskan pula huru hara dalam istana Kerajaan Uthmaniyyah sepanjang tempoh dua tahun 1337 – 1338H (1918-1919M) dan meminta khalifah menghentikan angkara yang sengaja mereka rancangkan itu. Mereka kemudian mencadangkan Mustafa Kamal untuk memikul tugas tersebut. Ini supaya Mustafa dapat menjadi orang yang berupaya memenuhi aspirasi rakyat dan satu-satunya pegawai tinggi tentera yang layak mendapat penghargaan daripada pihak tentera.

Kedudukkan dan kehebatan Mustafa Kamal kian terserlah di mata orang ramai, manakala reputasi institusi khalifah pula semakin menurun. Pada waktu yang sama beliau telah merealisasikan perancangan Pihak Bersekutu untuk menguasai wilayah-wilayah Kerajaan Uthmaniyyah.

Taktik yang digunakan oleh Inggeris untuk menjayakan rancangan tersebut ialah dengan membebaskan Greek daripada penguasaan Izmir dan ini terang-terang bercanggah dengan teks perjanjian yang telah dimenteraikan oleh Pihak Bersekutu. Semua ini berjalan dengan pantas sekali apabila tentera Greek melepaskan tembakan kepada orang Islam Turki di jalan-jalanraya, memaksa mereka menaggalkan tarbus yang kemudian dipijak-pijak dengan kaki, menaggalkan purdah yang dipakai oleh wanita Muslim, membakar perkampungan Islam di Izmir dan menyembelih orang Islam tanpa belas kasihan.

Di tengah-tengah kegawatan tersebut, kapal Ainabuli telah berlabuh di perairan Izmir di tengah-tengah armada laut Inggeris dan Greek, lalu Ataturk menuju ke Izmir dan mengerah segala keupayaannya dan memperlihatkan modus operandi yang menyakinkan dalam menentang Greek.

Ataturk mengutus telegram kepada khalifah untuk menjelaskan keadaan yang genting ini. Akan tetapi kerajaan mendesak beliau pulang untuk mengelakkan belaiu daripada terus menimbulkan huru-hara. Khalifah cuba memujuk Ataturk tetapi beliau tetap enggan pulang malahan menghantarkan telegram kepada baginda, “Saya akan tinggal di Anadul sehingga kemerdekaan dapat dicapai.”

Ataturk mula melancarkan revolusi yang disokong sepenuhnya oleh Inggeris dan beliau telah berjaya pada peringat permulaan. Ini berlaku apabila gerakan beliau telah disertai oleh para pemimpin muda dan pemikir-pemikir yang meletakkan syarat agar tidak membabitkan khalifah.

Pertempuran di antara tentera Uthmaniyah dengan Greek telah berlanjutan selama satu setengah tahun. Semasa pertempuran sedang berlaku, Pihak Bersekutu telah mengumumkan bahawa mereka berkecuali. Sungguh menghairankan kerana senjata-senjata yang dibelakkan kepada Mustafa Kamal adalah dari Rusia hasil perancangan rapi pihak Inggeris di Busfor sekalipun Rusia memang memusuhi Kerajaan Uthmaniyyah.

Pada 23 Mac 1921M (1340H), tentera Greek mencetuskan kembali api peperangan. Pada bulan September tahun yang sama, pertempuran di antara kedua-dua belah pihak terhenti apabila Greek menarik keluar tenteranya dari Izmir. Dua hari selepas itu, tentera-tentera Uthmaniyyah mula memasuki Izmir tanpa menggunakan sebarang kekerasan.

Propaganda Barat telah membesar-besarkan kemenangan pimpinan Mustafa Kamal ini dan menyebarkannya dengan cepat ke negara-negara Islam. Orang Islam telah tertipu dengan tindakan Mustafa yang berjaya memenuhi aspirasi mereka sehinggakan Ahmad Shauqi pernah memuji beliau melalui sebuah qasidah yang mengumpamakan Ataturk seperti Khalid bin al-Walid.

“Maha Besar Allah betapa kemenangan yang penuh keajaiban, Khalid Turki hidupkanlah kembali, Khalid Arab.”

Malangnya impian mereka yang tertipu dengan tindakan Mustafa tidak tercapai kerana 3 Mac 1343H (1924M), tersiar berita tentang pembubaran Kerajaan Khalifah. Khalifah dan kerabat diraja telah dihalau keluar dari negara Turki, manakala dua buah kementerian iaitu Kementerian Wakaf dan Kementerian Undang-Undang Syari’ah telah dimansuhkan. Sekolah-sekolah agama telah ditukar menjadi sekolah-sekolah awam.

Musuh-musuh Islam melihat bahawa penghapusan Khilafah Islamiah bukanlah suatu perkara mudah. Ia hanya akan tercapai dengan cara menonjolkan seorang wira yang agung dan Mustafa merupakan orang yang digelar wira tersebut.

Pihak Inggeris telah melaksanakan rancangan ini bersama-sama Mustafa Kamal sendiri. Mereka juga telah membebaskan Greek dari Izmir dengan mendakwa Mustafa adalah pahlawan sebenar yang menjayakan kemenangan tersebut. Seluruh rakyat mula mempercayai perkara ini dan bagi Inggeris inilah masa yang paling sesuai untuk memasukkan jarumnya bagi menghancurkan Islam.

Sungguh menghairankan, cara ini masih tetap digunakan oleh musuh-musuh Islam untuk menlancarkan serangan terhadap islam sehingga hari ini.

Inggeris mengiktiraf kemerdekaan Turki dan mengundurkan tenteranya apabila Ataturk membubarkan pemerintahaan khalifah. Pernah seorang ahli Parlimen Inggeris menyoal Lord Carrizon (Menteri Luar British ketika itu) dalam Dewan Parlimen Britain tentang pengiktirafan kemerdekaan Turki. Lord Carrizon membalas, “Apa yang berlaku ialah Turki telah dikuasai tanpa sebarang tentangan kerana kita telah menguasai kekuatan spiritualnya iaitu Sistem khilafah Islam”.

Syeikhul Islam, Mustafa Sabri selepas melarikan diri ke Mesir pernah berkata, “Memang mudah sekali Inggeris menjadikan Mustafa Kamal sebagai wira pada saat mereka menekan Khalifah dan menggulingkan baginda. Dalam episod ini terserlahlah kebolehan Ataturk pada pandangan orang islam. Ataturk adalah seorang lelaki yang tidak ada tolok bandingnya bagi Inggeris. Beliau telah meruntuhkan kesucian Islam (lebih-lebih lagi peradabannya) dalam masa satu hari sahaja sedangkan pihak Inggeris sendiri tidak mampu untuk melakukannya walaupun setahun. Apabila Inggeris berasa yakin dengan keupayaan dan kekuasaan Ataturk, mereka melantiknya menjadi ketua kerajaan boneka tersebut dan sesudah itu mereka pun ke luar dari negara kami.”

Sesungguhnya pembubaran Sistem Khilafah Islamiah merupakan titik tolak dalam urutan strategi yang didokong oleh Ataturk demi untuk memisahkan agama Islam daripada sistem pemerintahan di Turki dan meminggirkan Islam daripada aspek kehidupan.

Ataturk melarang pakaian-pakaian Islam sebaliknya mewajibkan pemakaian fesyen-fesyen Barat. Dalam tempoh beberapa tahun sahaja, beliau telah berjaya menghapuskan perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil-adha serta melarang orang islam mengerjakan Ibadah Haji.

Dalam urusan munakahat, belaiu melarang poligami dan membenarkan perkahwinan wanita Islam dengan bukan Islam. Beliau membatalkan cuti hari Jumaat, melarangkan azan dalam Bahasa Arab dengan menukarkannya kepada Bahasa Turki.

Tindakan yang dilakukan oleh Ataturk ini nyata sekali telah memisahkan budaya Turki daripada akar umbi agama Islam dan menghapuskan satu peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Turki iaitu agama Islam sebagi agama rasmi negara Turki. Ataturk berusaha dan berkerja keras untuk menghapuskan para penentangnya. Beliau membakar akhbar-akhbar, menangkap ketua-ketua pengarang akhbar dan juga mengawasi para ulama. Ataturk juga telah mengasaskan Parti Rakyat Republikan pada tahun 1342H (1923M) dan menjadikan presidennya sehinggalah beliau meninggal dunia pada tahun 1357H (1938M).

Ataturk hidup tanpa isteri dan anak-anak. Isterinya bernama Latifah Hanim hanya mampu tinggal bersamanya selama setahun sahaja kerana tidak tahan denagn kefasikan Ataturk. Kediamannya dipenuhi dengan segala macam kemungkaran daripada arak sehinggalah wanita.

Kamal Ataturk berpendirian bahawa segala masalah yang dihadapi oleh bangsa Turki adalah disumbangkan oleh Islam. Islam dipersalahkan sebagai punca kepada kemunduran dan kehinaan yang dialami oleh bangsa Turki, walaupun sejarah dengan jelas telah membuktikan bahawa Islamlah menunjangi keagungan pemerintahan Islam Daulah Uthmaniah yang pernah mewujudkan kekuasaan merentangi tiga benua.

Menurut Dr Abdullah Azzam dan Dr. Mohammad Redzuan Othman, setelah Kemal Ataturk berkuasa pada 29 Oktober 1932, beliau mengistiharkan kelahiran republik Turki moden dengan :
1. Mengikut segala model Barat dalam pemerintahan.
2. Sistem yang menjadi dasar adalah sistem republik sekular.
3. Menghapuskan sistem pemerintahan khilafah .
4. Pemakaian hijab dilarang di kalangan kaum wanita. Sekiranya dipakai ia dianggap jenayah dan hukuman berat dikenakan.
5. Pemakainan tarbusy oleh lelaki diganti dengan topi. Juga dianggap jenayah sekiranya dipakai.
6. Menggantikan huruf arab dengan latin.
7. Menukar sistem pemerintahan Islam dengan sekular sebagaimana termaktub dalam perlembagaan tahun 1933.
8. Memansuhkan Artikel 2 yang menyatakan ‘Agama Bagi Negara Turki Adalah Islam.’
9. Memansuhkan Kementerian Kehakiman Syariah dan diganti dengan Badan Kehakiman Sivil.
10. Melarang berpoligami dan menyamaratakan hak pewarisan harta dan perkahwinan antara lelaki dan wanita.
11. 3 Mac 1924 sistem pendidikan sekular menjadi dasar dan sebaliknya dia menutup dan memansuhkan semua madrasah, sekolah agama rakyat, gerakan tariqat dan amalan sufi.
12. Menggantikan budaya Islam dengan budaya berasaskan Turki dan Barat.
13. 6 Febuari 1933 arahan telah dikeluarkan agar azan dilaungkan dalam bahasa Turki dan tidak lagi dalam bahasa Arab.
14. Masjid Aya Sofea diubah statusnya menjadi muzium.
15. Melatih tentera cara latihan ala Barat.
16. Mengarahkan supaya dirobohkan tempat azan yang dikumandangkan berhampiran dengan istananya kerana bising dan menganggunya beristirehat.
17. Melarang kaum muslimin mengerjakan Haji di Makkah.
18. Perlembagaan Turki melarang keras sebarang unsur dan usaha mengembalikan Islam untuk ditukar dengan sistem pemerintahan dan dasar sekular yang diasaskan oleh Ataturk. Usaha untuk itu dianggap sebagai jenayah dan boleh didakwa, dan yang mendokongi kuat fahaman ini adalah pihak tentera dan juga sekularis-sekularis tulin.
19. Mendirikan patungnya di setiap tempat.
20. Menghapuskan Kementerian Wakaf.
21. 26 November 1925 menghapuskan penggunaan Kalender Hijrah dan menggantikannya dengan kalender Barat.
22. Mengarahkan agar cuti hujung minggu yang selama ini ialah pada hari Jumaat supaya ditukar ke hari Ahad sebagaimana yang diamalkan oleh Barat.

Pada 23 Mac 1924, Khilafah Uthmaniah pun dihapuskan dengan rasminya oleh Mustafa Kamal Ataturk dari bumi Turki. Satu saat yang paling memilukan hati-hati ummah semesta alam yang cintakan Islam.

Setiap yang bermula akan berakhir, yang kuat akan lemah, yang pasang akan surut, dan kekafiran, kemunafikan, kefasikan dan kezaliman akan terpadam juga akhirnya. Era kezaliman pemimpin brutal ini menemui pintu penghujung hayatnya, yang muda akan tua dan seterusnya akan menemui ajalnya.

Selama 15 tahun (1923-1938) Ataturk bermaharajalela, melakukan kefasadan yang amat luar biasa terhadap Khilafah Uthmaniah Turki dan Ummahnya. Namun dalam tempoh itu sudah amat cukup untuk dia meperlakukan Islam, menodai ummah dan mencalar-balarkan wajah ummah dengan wajah Barat dan sekular dengan semahu-mahunya.

Namun ingatlah bahawa Allah itu Maha Mengetahui, Maha Perkasa dan Maha Adil. Dialah yang menetapkan segala keputusan ke atas segala makhluknya. Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah :

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksadiarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam.Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimutuntuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, rasa panas tidak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung,beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu.

Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.
Allah itu Maha Besar, panasnya tidak juga hilang!

Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan. Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi,mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.

Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan.

Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya. Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan kedalam muzium yang diberi nama Etna Grafi selama 15 tahun sehingga tahun 1953).

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya.Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satubinaan marmar beratnya 44 tan.

Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa “jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk”.

SUMBER : http://uwaisqarny.blogspot.com